KEBAIKAN KOPI
Kopi Boleh Meningkatkan Tahap Tenaga dan Membuatkan Anda Lebih Bijak
Kopi boleh mengelakkan orang daripada berasa letih, pada masa yang sama meningkatkan kadar tenaga mereka. Sudah banyak kajian yang dijalankan ke atas manusia berkaitan kesan pengambilan kopi ke atas fungsi otak. Ini termasuklah daya ingatan, mood, kewaspadaan, tahap tenaga, reaksi dan fungsi kognitif.
Kopi Boleh Meningkatkan Prestasi Fizikal
Meransang sistem saraf, menyebabkannya menghantar isyarat ke sel lemak untuk membakar lemak badan.Membuatkan sel lemak membakar lemak, membekalkannya kepada darah sebagai fatty acid, dan dihantar ke sel badan.
Kopi Memiliki Nutrisi Yang Baik
Mengandungi beberapa nutrisi untuk kesihatan umum anda. Antara yang anda dapat dalam secawan kopi adalah: Riboflavin (Vitamin B2) Pantothenic Acid (Vitamin B5) Manganese dan Potassium Magnesium dan Niacin (B3) Walaupun kandungannya tidaklah banyak dan tidak mencukupi keperluan harian, tetapi jika ditambah dengan diet sihat ia boleh membantu.
Kopi Boleh Membantu Membakar Lemak
Boleh meningkatkan kadar pembakaran lemak, sehingga 10% pada orang yang obese, manakala 29% pada orang yang kurus.
Kopi Boleh Mencegah Daripada Penyakit Alzheimer dan Dementia
Penyakit Alzheimer merupakan sejenis penyakit saraf dan penyebab kepada dementia. Penyakit ini biasanya berlaku kepada orang yang berusia 65 dan ke atas. Apa yang sedihnya, penyakit ini tiada penawar.
Kopi Mencegah Risiko Beberapa Jenis Kanser
Kanser merupakan penyebab kematian di seluruh dunia. Ia berlaku kerana terdapat pertumbuhan tidak normal pada sel badan. Kopi dipercayai boleh melindungi anda daripada 2 jenis kanser: Kanser hati Kanser kolon Kajian menunjukkan bahawa peminum kopi boleh mengurangkan risiko mendapat kanser hati sebanyak 40% Satu lagi kajian ke atas 489,706 individu mendapati bahawa orang yang minum 4-5 cawan kopi setiap hari boleh menurunkan risiko mendapat kanser kolon sebanyak 15%